Gara-gara lantang dan terlalu terbuka bila berbicara soal perkahwinan kontrak, seorang gadis yang lebih dikenali sebagai Siti Amiza dihentam teruk oleh netizen.
Melalui sebuah posting, gadis ini memberitahu sedang mencari seorang calon suami yang mampu mengamalkan perkahwinan secara kontrak bersamanya.
Dengan meletakkan beberapa syarat, Amiza menjelaskan perakhwinan kontrak ini hanya untuk setahun sahaja.
Tetapi adakah gadis ini bergurau atau tidak, kami tidak niscaya kerana Amiza kelihatan sangat serious dengan kata-katanya.
Namun melalui sebuah video, Amiza meminta untuk orang ramai hentikan daripada viralkan kisahnya kerana, undangan berkahwin secara kontrak itu hanya perkara biasa atas beberapa sebab.
Malah Amiza juga ada menyentuh soal tanggungjawab seorang isteri. Katanya, dirinya sendiri sudah fobia untuk berkahwin kerana selama ini ia perlu mengemas baju, membersih rumah.
Dalam masa yang sama Amiza turut berkata semenjak perkongsiannya yang mahukan suami kontrak, ia dimarahi kerana kantoi.
Melalui sebuah video yang lain, Amiza turut menjelaskan sekali lagi niatnya untuk menikahi lelaki yang mampu berkahwin dan cerai dalam masa terdekat dengannya.
Malah Amiza turut berkata mampu membayar suaminya untuk ceraikannya kerana tidak mahu terikat dengan satu lelaki dalam masa yang sama.
Tidak terhenti di situ, Amiza turut meminta orang ramai untuk tidak mengecam dirinya kerana bimbang bila suami orang-orang yang mengecam itu ada yang cuba mendekatinya.
Amiza turut menasihati orang ramai terutamanya golongan isteri untuk sentiasa mengambil hati si suami.
Di selesai video tersebut, Amiza ada memberitahu orang ramai janda kini tidak terlalu naif.
Bagi MH mungkin Amiza ada sesuatu mesej yang ingin disampikan, mungkin Amiza hanya berkata sinis kerana terlalu kecewa dengan lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Okay tak nak cakap banyak, korang boleh tengok sendiri video yang kini menjadi viral dan nilaikan sendiri.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Buat lebih berguna, kongsi: