Bakal dilabel sebagai musik video termahal di Malaysia, lagu ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat sekarang dalam proses penggambaran di Sepanyol. Sebelum ini, usahawan D’herbs itu pernah menyoal netizen mengapa lagunya itu menerima banyak tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like).
Rata-rata menuding jari kepada Sajat, beropini suaranya ‘tidak masuk’ digandingkan dengan usahawan itu. Terbaru, Datuk Aliff sekali lagi bertanya netizen lagu mana yang lebih disukai antara ‘Abang Nak Tegur’ dan ‘Aura 7 Bunga’. Ini respon balas mereka!
‘Mana korang lagi suka?’
‘Kalau Sajat nyanyi 7 bunga, confirm dislike’
‘Kenapa Datin je tak nyanyi Abang Nak Tegur?’
‘Suara Datin merdu gilerr’
‘Lagu Abang Nak Tegur best, tapi Sajat masuk…’
‘Anak siap hafal 7 bunga’
Menerusi pemerhatian OhBulan!, boleh dikatakan 100% komen yang diberikan pada pertanyaan Dato’ Aliff itu menuding kepada Sajat. Nampaknya, soalan Dato’ sebelum ini kenapa ramai yang ‘dislike’ telah pun terjawab.
Apa pendapat korang pula? Bagi admin sendiri, lagu Abang Nak Tegur tu best jugak, bunyi Sajat pula tidak teruk sangat. Lagi kita mengecam, lagi melimpah ruah rezekinya. Sampai Sepanyol dah pun!
Sumber: Ohbulan!
Buat lebih berguna, kongsi: