Fathia Latiff: “Yang Pasti, Aku Bangun Teguh Dengan Setiap Apa Yang Aku Katakan”


PELAKON Fathia Latiff mempertahankan setiap apa yang disuarakannya tanpa rasa takut atau meminta tunjangan daripada sesiapa sekali pun.

Fathia, 30, berkata ia memiliki hak untuk bersuara dan begitu juga dengan rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

"Dira ada hak untuk berkata apa yang ia mahukan dan begitu juga saya.

"Yang pasti, saya bangun teguh dengan setiap apa yang saya katakan tanpa berasa takut atau meminta tunjangan daripada orang lain," kata Fathia.


Fathia berkata sedemikian menerusi Twitternya, sebagai membalas kenyataan Dira yang juga Exco Puteri Umno Bahagian Tangga Batu, Melaka kerana menyelarnya saat berucap bagi menyokong ucapan dasar ketua puteri Umno pada perhimpunan sayap berkenaan pada Rabu.


Menerusi laporan The Star, Dira atau nama bekerjsama Khaidhirah Abu Zahar menasihatkan Fathia biar 'duduk diam' dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

"Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan," kata Dira dalam ucapannya.

Sumber: Mstar Online
Buat lebih berguna, kongsi:
close